29 November 2008

Perjumpaan Peluang Perniagaan (BOP) CAELY Di Danau Kota, Setapak






Persembahan Peluang2 Perniagaan CAELY dan Persembahan Produk CAELY bertempat di Pusat Latihan yg dimiliki oleh abg Hasnan akan menjadi aktiviti mingguan utk BOP dsb.

Perjumpaan kali kedua oleh penulis atas jemputan pemimpin2 Sri Gombak bermula jam 5pm dihadiri hampir 10 prospek yg pertama kali ingin mendengar perniagaan CAELY. Walau bagaimanapun, kehadiran ramai Usahawan CAELY seperti biasa memeriahkan majlis ilmu ini. Terdapat 2 potensi prospek Butik yg berminat untuk membuka Butik di Klang dan Pulau Pinang yg hadir sendiri dari jauh untuk mendengar BOP.

Diharapkan semangat berpasukan yg ditunjukkan oleh para pemimpin Sri Gombak berkekalan.

26 November 2008

Kursus NDT MARA-CAELY HQ Jln Raja Laut, KL






Siri Ketiga NDT MARA-CAELY diadakan bertempat di Ibu Pejabat MARA, KL menjadi nadi penggerak Usahawan CAELY memulakan perniagaan. Atas komitmen pihak syarikat menganjurkan Kursus seumpama ini akan menjadi aktiviti bulanan.

Walau bagaimanapun, bakal usahawan CAELY di syaratkan untuk terlebih dahulu memulakan perniagaan seperti mempunyai rangkaian sebelum memohon ke MARA. Ini akan mengurangkan sikap "Tunggu Modal" tanpa berbuat sesuatu.

24 November 2008

CAELY Pilot LEADER Intensive Training







Buat julung kalinya, pihak Sykt CAELY menganjurkan Latihan Intensif kepada Pemimpin2 Pertama dalam Program ABC bertempat di Eagle Ranch Resort, Port Dickson pada 24-25 November 2008.

Latihan intensif yang disertai lebih 20 komited pemimpin dari serata Malaysia dianggap berjaya melahirkan Usahawan CAELY yang bakal merubah kehidupan masing2. Pakar motivasi CAELY Tuan Saleh Sudin cukup memberi kami perangsang untuk berjaya dalam perniagaan CAELY. Pelbagai tips, teknik didedahkan kepada para pemimpin dalam 1 hari seminar beliau.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Mentor CAELY Pn Norhayati kerana beliau merupakan peneraju kepada program ABC CAELY. Kepada semua Usahawan CAELY, kami doakan kejayaan anda semua.

21 November 2008

Roadshow ABC Di Senawang Mendapat Sambutan(21 November 2008)






Buat pertama kalinya, bakal2 Usahawan CAELY di kumpulkan di sebuah Butik Kecantikan di Dataran Senawang, NS untuk tujuan taklimat Peluang Perniagaan CAELY. Sekumpulan usahawan sedia ada di Senawang merasa teruja apabila dipersembahkan dengan Program Agenda Bumiputera Cemerlang CAELY.

Pemimpin CAELY yang diketuai oleh abg Shaddi, abg Hasnan, kak Nora serta rakan usahawan yang lain menjadi ikutan ushawan sedia ada di Senawang untuk menjadi keluarga CAELY. Perjumpaan yang dihadiri lebih 10 bakal usahawan berakhir jam 11pm ternyata membuka minda kepada mereka yang hadir. Testimoni dari abg Shaddi turut menjadi penguat semangat untuk mereka berjaya dalam perniagaan MLM CAELY.

Diharapkan perjumpaan sebegini menjadi aktiviti mingguan kepada kami.

19 November 2008

Kursus NDT MARA-CAELY Shah Alam







Kursus Kali Kedua Anjuran MARA-CAELY bagi bakal2 usahawan dijalankan selama 2 hari bertempat di Pejabat MARA Shah Alam, Selangor. Para peserta kursus yang terpilih untuk menyertai kursus MARA itu didedahkan dengan pelbagai topik Keusahawanan sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan CAELY sekiranya dana MARA diluluskan.

Rata-rata bakal usahawan CAELY yang ditemui selepas kursus 2 hari tersebut menyatakan semangat untuk berjuang dalam Program ABC CAELY. Tahniah kepada bakal Usahawan Jutawan CAELY.

18 November 2008

Aktiviti Ketiga Program ABC Di Batang Kali, Selangor (18 November 2008)






Perjumpaan Kali Ketiga bagi Sykt CAELY dan bakal2 usahawan Batang Kali berlangsung di Restoran D'Mesra milik Usahawan Kak Zam. Atas semangat yg kak Zam tonjolkan membuatkan kami menerima pelawaan beliau untuk membuat persembahan Peluang2 Perniagaan CAELY (ABC). Meskipun masih kepenatan selepas tamat pameran/ekspo di Dewan Komuniti Batang Kali, pada sebelah malamnya pula kami meneruskan perjuangan kepada bakal2 usahawan Batang Kali.

Majlis yang bermula agak lewat pada jam 9.30pm atas sebab kehadiran yg kurang namun tidak mematahkan semangat para pemimpin CAELY kerana restoran Kak Zam mulai penuh tepat jam 10.00pm. Testimoni abg Bujang selaku usahawan CAELY pada setiap penghujung persembahan cukup menarik ramai bakal2 usahawan untuk mengetahui cara2 mendapatkan dana MARA dan TEKUN. Penjelasan yg cukup jelas dan telus menambat hati bakal2 usahawan Batang Kali kerana ramai yg ingin mengetahui cara2 mendapatkan dana dari panel2 MECD.

Ramai yang menjadi ahli keluarga CAELY setelah berpuas hati mendengar Peluang2 Perniagaan dari kami. Sekali lagi kami mengucapkan "Syabas" di atas kerjasama yg ditunjukkan oleh para pemimpin CAELY dan Stokis kami dari Taman Sri Gomabak yang banyak membantu.

Expo PKNS & MECD Di Batang kali, 18 November 2008







Bermula dengan pertemuan CAELY dan para pemimpin MLM di Batang Kali, Sykt CAELY kini mula dikenali ramai terutamanya penduduk setempat. Seminar dan Ekspo Pemakanan yang dianjurkan oleh PKNS ternyata mendapat sambutan ramai apabila Gerai CAELY diserbu oleh bakal2 Usahawan yang sedang mengikuti Seminar Peluang Perniagaan.

Terdapat lebih dari 10 buah gerai yang kebanyakkannya dari Syarikat Jualan Langsung mempamerkan produk masing2. Kekuatan gerai CAELY bukan sahaja terletak kepada produk yang kami pamerkan tetapi kekuatan usahawan2 CAELY yang banyak membantu menjalankan promosi dan penajaan. Kepada usahawan CAELY yang terlibat, pihak Sykt mengucapkan tahniah di atas kesungguhan dan kecekalan anda sepanjang berada di sana dari jam 8.00am hingga ke 5.00 pm.

16 November 2008

CAELY Bersiaran di HOT FM Bersama Butik Alor Gajah


Atas inisiatif Butik CAELY Alor Gajah, Melaka Encik Mohd Anuar beliau sendiri ke HOT FM berjumpa DJ2 kesayangan ramai. Sambil mempromosikan Syarikat CAELY ke udara melalui frekunsi 97.6FM Lembah Kelang & 104.3FM Melaka, beliau turut menyumbangkan cenderamata kepada penyampai2 HOT FM. Pihak CAELY mengucapkan syabas atas usaha yang Butik Melaka lakukan.

Perjumpaan Peluang Perniagaan CAELY di Danau Kota, Setapak





Alhamdulillah. Sambutan yang kami terima cukup memberangsangkan dari bakal2 usahawan Danau Kota meskipun ibu kota KL hujan lebat. Kehadiran yang melebihi 30 orang pengedar baru dan prospek pelbagai latar-belakang yang setia dari pukul 3.00pm hingga ke 8.00pm cukup membuat kami teruja.
Perancangan awal dan persedian yg cukup sempurna dari para pemimpin Sri Gombak termasuk abg Bujang,isteri dan anak, abg Hasnan serta isteri serta abg Malik memjadikan suasana perjumpaan cukup meriah.
Pihak syarikat amat berbangga sekali dengan komitment yang ditunjukkan oleh Stokis CAELY dari Sri Gombak Pn Lee Siew Luan serta suami yg banyak membantu kami. Tempat latihan yg dimiliki oleh abg Hasnan memudahkan kami untuk menjadikan aktiviti perjumpaan ini sebagai aktiviti mingguan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.




14 November 2008

AKTIVITI PENAJAAN PROSPEK ABC CAELY (BAHAGIAN 5)






Pelbagai aktiviti dilakukan oleh pihak syarikat bagi mendekati bakal2 usahawan yang ingin memulakan perniagaan. Apa yang utama adalah temujanji yang boleh membuahkan hasil apabila bakal2 usahawan berkenaan memahami Konsep Perniagaan CAELY tawarkan.

Perniagaan yang telus adalah Agenda atau topik yang kami bualkan dan atas objektif itulah kami sentiasa menerima temujanji dari prospek2 yang mencari peluang2 perniagaan.

09 November 2008

Aktiviti Kedua Program ABC Di Batang Kali, Selangor (7November 2008)






Perjumpaan kali kedua atas jemputan para pemimpin di Batang Kali berkenaan Program Agenda Bumiputera Cemerlang (ABC) cukup positif. Pemimpin2 yg hadir pada perjumpaan kali pertama hadir bersama-sama rakan niaga (prospek) masing2.

Sambutan yg pihak CAELY terima amat menggalakkan kerana kebanyakkan mereka yg hadir adalah pemimpin MLM yg aktif. Banyak soalan2 diajukan kepada pihak sykt. Kesimpulan yg dapat saya buat antaranya: 1) Masalah yg menjadi halangan bangsa kita adalah 'modal'.
2) Pemahaman ttg MLM itu sendiri masih cetek

Namun, di Batang Kali, semua pemimpin MLM rata2 menghadapi jalan buntu ttg cara mendapatkan 'dana pembiayaan'. Walaupun sykt mempunyai panel2 pembiayaan, namun sebagai seorang pemimpin seharusnya memahami hala-tuju masing2.

Sikap 'tunggu dan lihat' haruslah tiada dalam jiwa usahawan. Proses pembiayaan terutamanya dana kerajaan memang ada, cuma banyak prosedur perlu di patuhi. Penajaan atau networking perlu diutamakan dahulu sebelum menunggu modal. Testimoni peserta program ABC, abg Bujang cukup memberi perangsang kepada rakan2 yang lain. Perjumpaan yg tamat pada jam 12pm disambung sehingga jam 2am atas permintaan pemimpin kami ucapkan terima kasih.

Akhir bicara, "Tahniah" sekali lagi kami ucapkan kepada pemimpin2 yg hadir atas semangat setiakawan. Jumpa anda sekali lagi pada 18 November 2008 di Batang Kali, Selangor.

03 November 2008

Perjumpaan Pemimpin2 Zon Selatan Di Hotel Naza,Melaka









Tanggal 2 November 2008, yang lepas kami meraikan para pemimpin serta stokis Zon Selatan bertempat di Hotel Naza, Melaka. Perjumpaan itu juga bagi tujuan pelancaran produk-produk baru CAELY seperti D'Best Cafe, OTOMap GPS dll.

Majlis serba meriah itu juga bertujuan memberi penerangan mendalam tentang peluang2 perniagaan yang Sykt CAELY tawarkan serta dana2 yang disediakan kepada para usahawan yang layak.

Sekali lagi, pihak CAELY mengucapkan ribuan terima kepada anda yang hadir.