09 January 2009

Latihan Asas Butik CAELY Di Wisma CAELY, Teluk Intan, Perak







Tahniah kepada bakal-bakal Usahawan Butik CAELY. Kursus selama 2 hari bertempat di Ibu Pejabat CAELY di Teluk Intan.

Pelbagai topik-topik usahawan didedahkan kepada bakal usahawan Butik CAELY agar lebih bersedia dan berilmu apabila menjalankan perniagaan sebenar. Di samping itu, mereka juga berpeluang melihat sendiri penghasilan pakaian dalam dibuat.

02 January 2009

Perjumpaan Peluang Perniagaan (BOP) CAELY Di Senawang 2009







Salam Maal Hijrah 1430H & Selamat Tahun Baru 2009.

Kami mulakan Tahun 2009 ini dengan penuh semangat dan azam untuk anda berjaya didalam Perniagaan CAELY. Perjumpaan Peluang Perniagaan (BOP) kali pertama Tahun 2009 ini, memberi satu semangat luar biasa yg ditonjolkan oleh semua pemimpin dari serata Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka. Kehadiran yg lebih 30 orang pemimpin dan prospek baru yg dibawa menunjukkan Anda Pemimpin Hebat.

Malam yg cukup bermakna dgn persembahan dari pihak syarikat, pemimpin En Shaddi & Motivator En Selamat membuka minda masing2 untuk berjaya. Pengumuman Strategi MARA dalam topik MARA Pelaburan Pintar (MPP) oleh En Shaddi cukup jelas dgn strategi sykt dan beberapa pengumuman Polisi Baru Syarikat yg positif menarik minat semua.

Motivator, En Selamat yg berjaya membuka minda semua agar anda gagah dalam menghadapi Tahun 2009 yg penuh cabaran, sedikit-sebanyak mendorong semua yg hadir utk lebih berilmu.

Akhir bicara, penulis mengucapkan "Selamat Berjaya" dan tabah dalam mengharungi Tahun Baru 2009 yg penuh mencabar. Wassalam.