CAELY GROUP OF COMPANIES:-
Caely (M) Sdn Bhd/
Classita (M) Sdn Bhd/
Marywah Industries (M) Sdn Bhd/
Caely Development (M) Sdn Bhd &
Avana Technologies (M) Sdn Bhd
05 October 2009
Jamuan Hari Raya & Home Party Di Taman Merdeka, Melaka
Bakal usahawan dinasihatkan agar membaca dan memahami semua maklumat dengan teliti sebelum membuat keputusan melabur.
Program ini:
· Bukan Skim Cepat Kaya atau Binari.
· Adalah perniagaan yang sah, berlesen dan didaftarkan.
· Telus, jujur, adil dan bersih.
TIPS NIAGA & PELABURAN
1. Syarikat yang kukuh – Caely ditubuhkan sejak 22 tahun dahulu dan tersenarai dalam BSKL.
2. Mempunyai Lesen Perniagaan MLM yang sah.
3. Beraneka Barangan yang berkualiti dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.
4. Model Perniagaan yang telah terbukti berjaya.
FAKTA NIAGA
1. Mesti ada modal.
2. Keperluan pelanggan.
3. Pelan Perniagaan yang menarik.
4. Ada produk/barang atau perkhidmatan (service) untuk diniagakan.
FAKTA ABC
Selamat Datang ke laman Caely – Nadi penggerak Program Keusahawanan tulen yang telah akan melahirkan lebih 20 Jutawan Bumiputra dalam 2 tahun!
Ciri-ciri Program Keusahawanan ABC
1. Program Keusahawananan bersama syarikat yang kukuh yang tersenarai dalam Papan BSKL.
2. Keperluan modal perniagaan yang rendah dengan sokongan kemudahan pinjaman 100% disediakan.
3. Pelan Perniagaan telah tersedia, sangat mudah tetapi telah terbukti dan sangat berkesan.
4. Pulangan pelaburan yang cepat, tinggi dan berterusan.
5. Latihan Keusahawanan berterusan.
6. Program Keusahawanan yang sangat telus, jujur, adil dan tiada unsur riba.
Jika anda masih tercari-cari apakah bentuk peniagaan yang patut anda ceburi, inilah peluang yang terbuka untuk anda. Segalanya telah tersedia, dari Pelan Perniagaan hinggalah kepada Stategi Pemasaran - cukup mudah dan sangat berkesan lagipun telah terbukti.
CAELY – ADALAH SYARIKAT YANG BETUL DALAM INDUSTRI YANG BETUL DENGAN PELUANG YANG BETUL PADA MASA YANG BETUL
Segalanya hanya bermula dari anda.
Motivasi Untuk Bakal Usahawan MLM
Kita biasa mendengar para pemimpin jualan langsung MLM selalu berkata bahawa secara purata terdapat 85% hingga 95% mereka yang gagal dalam perniagaan ini. Kita tidak tahu sejauh mana ketepatan statistik ini, namun itu bukan persoalannya. Yang kita tahu bekas Usahawan yang sudah hilang kepercayaan dengan potensi jualan langsung. Ada yang meletakkan barangan, pelan pemasaran, pihak syarikat, atau downline sebagai punca kegagalan mereka.
Sekiranya mereka menyertai syarikat baru atau syarikat lain, biasanya mereka melakukannya bukan atas sebab keyakinan pada industri jualan langsung. Jika dimuhasabah diri, kebanyakan mereka akan mendapati mereka menyertai syarikat baru/lain untuk membuktikan kepada diri mereka bahawa susah untuk berjaya dalam perniagaan jualan langsung MLM. Juga untuk mengubat rasa takut kerugian, ”RUGI KALAU TAK CUBA, MANA TAHU YANG NI MENJADI PULA”. Jika anda tidak tergolong dalam kategori ini, syukur. Jika anda dapati diri anda merasakan demikian, tanya kepada diri sendiri mengapa anda menyertai perniagaan jualan lansung MLM ini. Apa yang anda nampak ketika anda mula-mula diperkenalkan kepadanya. Apa yang membuat hati anda tergerak untuk mengisi dan menandatangan borang permohonan?
Mencari sebab sebenar mengapa anda menyertai perniagaan jualan langsung MLM ini merupakan asas pertama ke arah kejayaan. Apabila sudah jelas mengapa anda menyertai perniagaan ini, barulah anda boleh menangani isu-isu berikut:•
Kenapa bersusah payah menaja?• Kenapa sanggup tersangkut dalam kesesakan lalulintas setiap pagi dan petang?• Kenapa hanya berurusan dengan orang tertentu sahaja?• Kenapa perlu tunjukkan peluang perniagaan jualan langsung kepada prospek setiap hari?• Kenapa perlu habiskan hujung minggu untuk perniagaan?• Kenapa perlu menghadiri mesyuarat setiap minggu?
Contoh ”SEBAB”:"Saya sanggup menghadapi cabaran dalam perniagaan langsung KERANA saya ingin mempunyai lebih masa untuk keluarga, mempunyai wang yang cukup untuk membiayai pelajaran anak-anak dan membawa mereka bercuti. Pendapatan yang diperolehi dari perniagaan juga membolehkan saya untuk memberi sedekah dan derma kepada organisasi pilihan saya. Saya juga boleh membawa perubahan kepada masyarakat saya dari segi ekonomi dan kesihatan.
"Saya menjemput anda (dan diri saya sendiri), untuk menilai di mana kedudukan masing-masing dalam perniagaan jualan langsung MLM sekarang DAN di mana anda ingin berada 5 tahun dari sekarang. Rancangkan apa yang perlu dilaksana untuk mencapai sasaran, LAKSANAKANNYA dan pantau pencapaian dari masa ke semasa. Sekiranya sasaran tidak dicapai, cari apa kekurangannya dan tingkatkan usaha.
TULISKAN visi anda dan perancangan untuk mencapainya dan MENGAPA anda ingin mencapainya. Bacakan ia setiap pagi sebelum memulakan hari anda dan kongsi secara ikhlas dengan kenalan anda. Setiap kali anda berkongsi, visi anda menjadi semakin NYATA di minda anda. Apa yang minda dapat gambarkan akan dapat dicapai. Jika minda menggambarkan kejayaan, kejayaan yang bakal dicapai. Begitulah sebaliknya.
JADI SEORANG JUARA, SAHUTI CABARAN SAYA. TULISKAN VISI, MENGAPA ANDA INGIN MENCAPAINYA DAN SEDIAKAN PERANCANGAN.
Inilah langkah pertama untuk menjalani kehidupan yang bertenaga dan juga mencapai “SEBAB” anda. Bila anda terfikir untuk berhenti, fikirkan “SEBAB” anda. Ia akan memberi anda kekuatan untuk meneruskan perjuangan.
8 Tabiat Usahawan MLM Yang Berjaya
Tabiat merupakan faktor utama dalam kehidupan kita kerana ia mencorakkan pembawaan kita dan menjadikan kita seorang yang efektif..... atau tidak efektif.
Justeru, untuk berjaya dalam perniagaan jualan langsung MLM, anda perlu menjadikan 8 perkara berikut sebagai satu kebiasaan (tabiat) dalam kehidupan anda:
Menjadi pengguna setia produk yang dikeluarkan oleh syarikat yang diwakili. Anda menggunakan produk tersebut untuk membawa perubahan kepada diri anda, samada dari segi kesihatan, kecantikan atau kecergasan badan dan sebagainya. Membeli produk tetapi bukan untuk digunakan sendiri tidak termasuk dalam kebiasaan pengusaha MLM yang berjaya.
Pengusaha MLM yang berjaya mempunyai pelanggan tetap/setia antara 10 hingga 15 orang. Beliau meluangkan masa secukupnya untuk memberi khidmat berkualiti kepada pelanggan beliau. Sebahagian besar masa beliau digunakan untuk membina organisasi perniagaan (membangun usahawan), bukan untuk mendapatkan pelanggan yang ramai.
Mewujudkan suasana yang membuat prospek bersedia untuk mendengar peluang yang akan diperkenalkan. Seterusnya mempersembahkan faedah atau manfaat yang prospek inginkan dari penglibatan mereka dalam perniagaan jualan langsung yang ditawarkan. Bantu mereka untuk mencipta impian masing-masing.
Menghadiri setiap program yang dianjurkan oleh syarikat atau leader anda. Ini untuk mengingatkan diri anda dan rakan-rakan seperniagaan yang anda menjalankan perniagaan MLM. Ianya juga memberi peluang kepada anda untuk memberi sumbangan kepada kejayaan orang lain dan membuka ruang untuk orang lain menyumbang kepada kejayaan anda.
Setiap hari tayangkan, 10 hingga 15 minit, impian yang anda bina untuk diri dan kehidupan anda yang akan anda perolehi melalui perniagaan jualan langsung MLM. Tayangan ini akan menyegarkan ingatan minda anda kepada apa yang anda ingini dan menggerakkan seluruh sistem tubuh anda untuk mencapai impian tersebut.
Menjadikan diri sebagai punca bagi setiap hasil yang diperolehi, samada hasil yang dicapai mencapai sasaran atau pun tidak. Dengan kata lain mengambil tanggungjawab ke atas pencapaian Walaupun bukan anda penyebabnya. Sekiranya gagal mencapai sasaran, jangan mencari kesilapan tetapi cari apa yang membuat ianya tidak menjadi.Sebagai contoh, anda membuat permohonan untuk membuat pribiu perniagaan di sebuah persatuan tetapi permohonan anda ditolak. Jangan cari di mana salah anda dalam membuat permohonan, tetapi berbincang dengan pihak berkenaan mengenai kandungan atau ciri pribiu atau perniagaan anda yang tidak selaras dengan polisi mereka dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.
Menaikkan maruah setiap ahli pasukan anda, samada orang atas atau orang bawah. Orang yang merasa diri mereka dihormati akan memberi sepenuh komitmen yang diperlukan.
Mengikut sistem yang disediakan oleh pasukan/leader. Apakah rahsia kejayaan KFC Fried Chicken, McDonald dll? Sistem!!! Ke mana saja anda pergi, anda akan perolehi kualiti yang sama dari restoran yang dijalankan oleh orang yang berlainan. Restoran makanan segera tersebut tidak mempunyai tukang masak, pekerja mereka memasak menggunakan sistem yang disediakan. Sama juga dengan perniagaan anda, setiap ahli pasukan hendaklah menggunakan slaid yang sama, bahan sokongan yang sama dalam memperkenalkan perniagaan kepada prospek.
Mengapa Anda Tidak Mampu Menjadi Kaya
Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah seorang daripada mereka.Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apayang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apayang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
--------------------------------------- Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula ---------------------------------------
Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.Nampakkah anda masalahnya disini?Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan.Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.
----------------------------------------- Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk -----------------------------------------
Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti.Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda. Aset : Wang masyuk Liabiliti: Wang keluar Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan hartabenda adalah aset mereka.Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang. Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang! Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya membawa kita kepada...
---------------------------------------------------------- Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif ----------------------------------------------------------
Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.
------------------------------------------------------------- Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit ------------------------------------------------------------- Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.
------------------------------------------------------ Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman ------------------------------------------------------
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehinggake garisan penamat.Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.
Demi Kejayaan Anda,
JANGAN MENGAKU KALAH DALAM PENAJAAN
Ramai di antara kita berkeberatan untuk memperkenalkan jualan langsung MLM kepada prospek, terutamanya kepada saudara mara dan sahabat handai. Dari kajian didapati bahawa perasaan malu untuk bercakap bukan penyebabnya. Mari kita analisa bersama, apa punca sebenarnya.
Ada seorang pembaca yang mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk tampil di hadapan orang ramai dan bercerita mengenai penjagaan kereta. Namun untuk bercerita mengenai peluang jualan langsung MLM kepada kumpulan yang sama, beliau menjadi kaku dan kelu. Beliau bukannya tidak tahu mengenai peluang baik yang ditawarkan oleh jualan langsung MLM. Apa yang sebenarnya berlaku di sini?
Pertimbangkan bahawa ramai dari kita menyertai jualan langsung MLM kerana tidak mahu mengecewakan saudara mara atau kenalan yang menunjukkan peluang tersebut kepada kita. Setelah menyertainya, kita beranggapan bahawa orang lain juga akan menyertai kita kerana terpaksa. Kita tidak mahu "memaksa" mereka kerana tidak mahu kelihatan buruk di mata mereka. Sekiranya tidak "memaksa" kita yakin bahawa mereka tidak akan menyertai perniagaan jualan langsung MLM yang kita perkenalkan. Jesteru kita tidak mahu menceritakan peluang yang ditawarkan oleh jualan langsung MLM kepada prospek yang lain kerana mahu menjaga perhubungan atau pun kerana takut akan dikecewakan.
Ini adalah lumrah bagi manusia biasa. Setiap manusia biasa tidak mahu kelihatan buruk di mata kenalan, setiap manusia biasa takut dengan kekecewaan. Apa yang perlu dilakukan?
Dalam apa pun perkara yang kita lakukan, kita biasanya menaruh harapan untuk mencapai kejayaan. Bila apa yang diharapkan tidak dicapai, kita akan kecewa. Selepas beberapa kali kecewa, kita akan berputus asa dan membina tanggapan buruk terhadap perkara tersebut.
Berbalik kepada cerita kawan kita yang tidak mempunyai masalah untuk memberi penerangan mengenai penjagaan kereta. Apabila beliau memberi penerangan, beliau secara ikhlas memberi penerangan agar kenalan beliau memahami tentang penjagaan kereta. Beliau tidak mengharap kenalan beliau membeli apa-apa produk yang direkomenkan atau menghantar kereta ke sesuatu woksyop tertentu. Sekiranya kenalan tidak membeli apa yang direkomenkan, beliau tidak merasa kecewa kerana komitmen beliau adalah untuk menerangkan tentang penjagaan kereta kepada mereka.
Tetapi apabila kita memberi penerangan mengenai peluang jualan langsung MLM, kita menaruh harapan yang tinggi agar prospek menandatangani borang permohonan selepas kita selesai memberi penerangan. Jika mereka menolak, kita biasanya akan merasa kecewa. Selepas beberapa kali dikecewakan, kita tidak lagi sanggup untuk meneruskan perjuangan dan menyimpan kit jualan di dalam setor atau di bawah katil. Lebih teruk lagi, kita menyimpan tanggapan buruk terhadap industri jualan langsung MLM.
Untuk peringatan semua, majoriti dari prospek (untuk mana-mana penjualan) akan membuat pembelian selepas tujuh kali diberi pendedahan kepada prebiu atau iklan mengenai peluang, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Apa yang boleh membuatkan kita mempunyai semangat untuk terus memberi pendedahan atau penerangan kepada prospek? Jawapannya, komitmen!!! Kita boleh memilih untuk komited dalam memberi penerangan mengenai jualan langsung MLM. Komitmen kita agar semua prospek memahami akan peluang hebat yang ditawarkan oleh jualan langsung MLM. Komitmen kita agar mereka sedar bagaimana perniagaan jualan langsung dapat mempertingkatkan kedudukan kewangan mereka. Terpulanglah kepada mereka samada ingin menyertai kita atau tidak. Walau apa pun keputusan yang mereka ambil, ianya tidak sedikit pun menjejaskan hubungan kita dengan mereka.
Pertimbangkan bahawa setiap harapan yang gagal dicapai akan berakhir dengan kekecewaan. Manakala setiap komitmen yang berakhir dengan kegagalan akan tetap tinggal sebagai komitmen. Apabila ianya kekal sebagai komitmen, lambat laun apa yang diinginkan akan dicapai jua akhirnya.
Walaupun ianya tidak dapat dicapai, kita akan merasa puas hati kerana dapat melaksanakan komitmen kita.
PERLUKAH SAYA MENJUAL?
Terfikir saja kena menjual sudah cukup untuk membuat mereka yang berminat menceburkan diri dengan perniagaan jualan langsung MLM melupakan hasrat mereka. Perkataan "menjual" membuatkan 95% dari "prospek" perniagaan jualan langsung MLM mengatakan mereka tidak berminat.
Perlukah anda "menjual" untuk berjaya dalam perniagaan jualan langsung MLM? Jawapannya; TIDAK dalam erti kata yang sebenarnya.
Anda tidak perlu pergi menjual dari rumah ke rumah untuk berjaya dalam perniagaan jualan langsung MLM. Kesemua program MLM yang saya tahu, mengajar anda untuk berkongsi kualiti produk mereka dengan kenalan, jiran dan saudara mara anda. Itu saja "menjual" yang perlu anda buat, tetapi saya lebih suka memanggilnya berkongsi kerana itulah sebenarnya apa yang dilakukan. Anda tidak "menjual" tetapi berkongsi tentang kebaikan sesuatu produk. Orang akan membeli jika mereka nampak kebaikan yang akan mereka perolehi dari penggunaan produk berkenaan. Ingat, saya tidak mencadangkan anda untuk "memaksa" kenalan, jiran dan saudara mara anda untuk membeli produk yang anda "jual". Cadangan saya, anda berkongsi secara ikhlas tentang kebaikan produk yang anda perkenalkan. Terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan samada produk berkenaan baik untuk mereka.
Ada di antara kita yang tidak suka apabila ada orang ingin menjual produk kepada kita. Begitulah dengan orang lain, mereka juga tidak suka bila orang menjual produk kepada mereka. Hakikatnya ramai orang suka membeli, tetapi mereka tidak suka "dijual". Mereka akan membeli apabila mereka berpendapat sesuatu produk itu baik untuk mereka.
Jika itu saja yang perlu saya lakukan, tidak seberapa hasil yang akan perolehi. Mana mungkin saya boleh menjadi kaya raya? Persolan ini membawa saya ke topik "Menjual lawan Menaja".
Kebanyakan usahawan perniagaan jualan langsung MLM memulakan perniagaan dengan harapan untuk membuat RM 500, 1,000 atau 2,000 sebulan. Apabila telah menjalankan perniagaan untuk beberapa bulan, mereka sedar yang mereka boleh memperolehi RM 5,000 atau 10,000 sebulan jika mereka benar-benar serius. Usahawan perniagaan jualan langsung MLM tidak akan mendapat sebegitu banyak pendapatan dengan hanya menjual produk. Pendapatan lumayan hanya akan diperolehi apabila mereka membina perniagaan mereka melalui penajaan. Ini boleh diibaratkan seperti anda membuka rangkaian kedai anda.
Kita akan bincang bagaimana penajaan ahli baru akan memberi impak yang besar kepada perniagaan jualan langsung MLM anda.
Jika anda taja 2 orang sebagai ahli aras pertama anda dan mengajar mereka menaja 2 orang ahli aras pertama mereka, anda akan mempunyai 4 orang ahli di aras kedua. Jika anda mengajar ahli aras pertama anda bagaimana hendak mengajar ahli aras pertama mereka menaja 2 orang, anda akan mempunyai 8 orang ahli di aras ketiga. Begitulah seterusnya, jika anda mengajar ahli aras pertama anda membina organisasi mereka sebagaimana yang anda lakukan, anda akan mempunyai 16 orang ahli di aras keempat. Sekarang anda sudah mempunyai 30 orang usahawan dalam rangkaian perniagaan jualan langsung MLM anda.
Bayangkan jika masing-masing menaja 3 orang, cuma lebih seorang berbanding contoh di atas. Anda akan mempunyai 120 orang usahawan dalam rangkaian perniagaan jualan langsung MLM anda. Jika masing-masing menaja 4 orang, anda akan mempunyai 340 orang usahawan dalam rangkaian anda.
Bagaimana jika masing-masing menaja 5 orang. Anda akan mempunyai seramai 780 orang dalam rangkaian perniagaan jualan langsung MLM anda. Bandingkan 780 dengan 30. Perbezaannya bukan 750 orang tetapi hanya 3 orang sahaja. Inilah rahsia kejayaan dalam membina rangkaian perniagaan jualan langsung MLM anda.
Katakan kesemua 780 orang usahawan dalam rangkaian anda masing-masing membeli produk dengan nilai mata RM 300 sebulan. Jumlah jualan bulanan anda sudah mencapai RM 224,000 sebulan. Jumlah bonus yang anda akan terima adalah di antara RM 5,000 hingga 15,000 bergantung kepada syarikat yang disertai.
Jika setiap usahawan dalam rangkaian anda masing-masing mempunyai 10 orang pelanggan yang membuat belian purata dengan nilai mata 100 sahaja. Jualan yang berjumlah RM 780,000 (nilai mata) ini merupakan bonus tambahan kepada setiap usahawan dan penaja mereka.
Bukankah ini satu perniagaan yang sangat menguntungkan?
Nota: Dalam perniagaan jualan langsung MLM, setiap produk diberi mata nilai bagi tujuan pengiraan bonus. (Syarikat CAELY menggunakan NIV – nett incentive volume)
No comments:
Post a Comment