Showing posts with label MLM. Show all posts
Showing posts with label MLM. Show all posts
01 April 2009
02 January 2009
Perjumpaan Peluang Perniagaan (BOP) CAELY Di Senawang 2009
Salam Maal Hijrah 1430H & Selamat Tahun Baru 2009.
Kami mulakan Tahun 2009 ini dengan penuh semangat dan azam untuk anda berjaya didalam Perniagaan CAELY. Perjumpaan Peluang Perniagaan (BOP) kali pertama Tahun 2009 ini, memberi satu semangat luar biasa yg ditonjolkan oleh semua pemimpin dari serata Negeri Sembilan dan Alor Gajah, Melaka. Kehadiran yg lebih 30 orang pemimpin dan prospek baru yg dibawa menunjukkan Anda Pemimpin Hebat.
Malam yg cukup bermakna dgn persembahan dari pihak syarikat, pemimpin En Shaddi & Motivator En Selamat membuka minda masing2 untuk berjaya. Pengumuman Strategi MARA dalam topik MARA Pelaburan Pintar (MPP) oleh En Shaddi cukup jelas dgn strategi sykt dan beberapa pengumuman Polisi Baru Syarikat yg positif menarik minat semua.
Motivator, En Selamat yg berjaya membuka minda semua agar anda gagah dalam menghadapi Tahun 2009 yg penuh cabaran, sedikit-sebanyak mendorong semua yg hadir utk lebih berilmu.
Akhir bicara, penulis mengucapkan "Selamat Berjaya" dan tabah dalam mengharungi Tahun Baru 2009 yg penuh mencabar. Wassalam.
20 December 2008
BOP & New Product Launching (RELAXI) in Boutique Malim & Alor Gajah
Berita baik buat semua pengedar dan pemimpin CAELY yg disanjungi. Pihak sykt kini telah melancarkan produk terbaru khas untuk golongan Hawa iaitu produk "Relaxi" (Pad Wanita). Kehebatan produk terbaru ini memang tak boleh diperkatakan lagi kerana pelbagai keistimewaan hanya terdapat pada jenama "Relaxi" CAELY sahaja.
Gambar di atas diambil sewaktu Pelancaran Produk tersebut di Butik CAELY di Melaka. Sambutan yang kami terima amat memberangsangkan.
Terima kasih buat semua yang hadir.
19 December 2008
BOP & New Product Launching (RELAXI) in Seremban Training Centre
Salam Sejahtera Buat semua. Aktiviti Mingguan BOP yg dijalankan pada setiap hari Jumaat bertempat di Seremban Training Centre pada kali ini cukup bermakna buat semua yg hadir.
Selain persembahan Peluang Perniagaan, kami turut mengadakan pelancaran Produk Terbaru "Relaxi" (Pad Wanita). Selain itu, penceramah jemputan selaku "Motivator" En Selamat turut membuka minda prospek2 dari sekitar Seremban/Senawang untuk memulakan perniagaan.
Perjumpaan kali ini juga lebih meriah apabila hampir 50 orang termasuk 19 pengedar baru yg mendaftarkan diri sebagai ahli keluarga CAELY.
Sekalung Tahniah buat para pemimpin yang berjaya menganjurkan perjumpaan seumpama ini.
12 December 2008
Aktiviti Mingguan BOP CAELY Di Seremban Meletup!!!
Aktivti mingguan BOP utk kali ke-2 bertempat di Training Centre Taman Sikamat, Seremban berjaya menemukan prospek baru yg bakal menjadi usahawan CAELY. Komitmen yg ditunjukkan oleh pemimpin Negeri Sembilan selepas mengikuti Kursus MARA sehari sebelumnya membuktikan bahawa mereka benar2 berjiwa usahawan.
BOP yg dihadiri lebih 20 orang ini benar2 meyakinkan prospek baru utk menjadi ahli seterusnya membuka minda mereka untuk menjalankan perniagaan CAELY secara serius. Perjumpaan yg tamat hampir jam 12.00 am menunjukkan bahawa pemimpin di serata Negeri Sembilan berhati cekal kerana setia sampai ke akhir program. Penulis merakamkan ucapan tahniah bg pihak syarikat dan mendoakan semoga kejayaan sentiasa bersama mereka.
06 December 2008
ABC (SEREMBAN...... BOLEH)
Perjumpaan Peluang Perniagaan CAELY (BOP), pada malam 5 Disember 2008 jam 9.00pm di Dewan Seminar, Taman Sikamat Baru, Seremban cukup menarik minat pemimpin sekitar Seremban.
Semangat berpasukan yg ditunjukkan jelas terpancar pada setiap perjumpaan BOP kami. Apa yg penting, bakal2 usahawan yg hadir memahami konsep perniagaan CAELY bagi Program ABC. Harapan penulis agar, ramai lagi usahawan baru dilahirkan dari Negeri Sembilan.
03 December 2008
Perjumpaan Peluang Perniagaan (BOP) CAELY Di Dataran Senawang, N9
Salam Tahniah buat Pemimpin Hebat di Senawang. Anda memang hebat!!! Perjumpaan yang berlangsung selama 2 jam cukup memberi galakkan buat prospek baru kak Nor Zaila, empunya salon kecantikan di Dataran Senawang ini begitu memberi semangat buat pengedar2nya.
Walau baru dalam Perniagaan CAELY, kak Nor Zaila begitu berkeyakinan dalam Program ABC dan mempunyai sifat2 seorang usahawan. Prospeknya yg berpotensi membuka Butik CAELY di Seremban 2 bakal menjadi antara usahawan CAELY yg berjaya.
Tahniah kami ucapkan.
24 November 2008
CAELY Pilot LEADER Intensive Training
Buat julung kalinya, pihak Sykt CAELY menganjurkan Latihan Intensif kepada Pemimpin2 Pertama dalam Program ABC bertempat di Eagle Ranch Resort, Port Dickson pada 24-25 November 2008.
Latihan intensif yang disertai lebih 20 komited pemimpin dari serata Malaysia dianggap berjaya melahirkan Usahawan CAELY yang bakal merubah kehidupan masing2. Pakar motivasi CAELY Tuan Saleh Sudin cukup memberi kami perangsang untuk berjaya dalam perniagaan CAELY. Pelbagai tips, teknik didedahkan kepada para pemimpin dalam 1 hari seminar beliau.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Mentor CAELY Pn Norhayati kerana beliau merupakan peneraju kepada program ABC CAELY. Kepada semua Usahawan CAELY, kami doakan kejayaan anda semua.
21 November 2008
Roadshow ABC Di Senawang Mendapat Sambutan(21 November 2008)
Buat pertama kalinya, bakal2 Usahawan CAELY di kumpulkan di sebuah Butik Kecantikan di Dataran Senawang, NS untuk tujuan taklimat Peluang Perniagaan CAELY. Sekumpulan usahawan sedia ada di Senawang merasa teruja apabila dipersembahkan dengan Program Agenda Bumiputera Cemerlang CAELY.
Pemimpin CAELY yang diketuai oleh abg Shaddi, abg Hasnan, kak Nora serta rakan usahawan yang lain menjadi ikutan ushawan sedia ada di Senawang untuk menjadi keluarga CAELY. Perjumpaan yang dihadiri lebih 10 bakal usahawan berakhir jam 11pm ternyata membuka minda kepada mereka yang hadir. Testimoni dari abg Shaddi turut menjadi penguat semangat untuk mereka berjaya dalam perniagaan MLM CAELY.
Diharapkan perjumpaan sebegini menjadi aktiviti mingguan kepada kami.
18 November 2008
Aktiviti Ketiga Program ABC Di Batang Kali, Selangor (18 November 2008)
Perjumpaan Kali Ketiga bagi Sykt CAELY dan bakal2 usahawan Batang Kali berlangsung di Restoran D'Mesra milik Usahawan Kak Zam. Atas semangat yg kak Zam tonjolkan membuatkan kami menerima pelawaan beliau untuk membuat persembahan Peluang2 Perniagaan CAELY (ABC). Meskipun masih kepenatan selepas tamat pameran/ekspo di Dewan Komuniti Batang Kali, pada sebelah malamnya pula kami meneruskan perjuangan kepada bakal2 usahawan Batang Kali.
Majlis yang bermula agak lewat pada jam 9.30pm atas sebab kehadiran yg kurang namun tidak mematahkan semangat para pemimpin CAELY kerana restoran Kak Zam mulai penuh tepat jam 10.00pm. Testimoni abg Bujang selaku usahawan CAELY pada setiap penghujung persembahan cukup menarik ramai bakal2 usahawan untuk mengetahui cara2 mendapatkan dana MARA dan TEKUN. Penjelasan yg cukup jelas dan telus menambat hati bakal2 usahawan Batang Kali kerana ramai yg ingin mengetahui cara2 mendapatkan dana dari panel2 MECD.
Ramai yang menjadi ahli keluarga CAELY setelah berpuas hati mendengar Peluang2 Perniagaan dari kami. Sekali lagi kami mengucapkan "Syabas" di atas kerjasama yg ditunjukkan oleh para pemimpin CAELY dan Stokis kami dari Taman Sri Gomabak yang banyak membantu.
16 November 2008
CAELY Bersiaran di HOT FM Bersama Butik Alor Gajah
Atas inisiatif Butik CAELY Alor Gajah, Melaka Encik Mohd Anuar beliau sendiri ke HOT FM berjumpa DJ2 kesayangan ramai. Sambil mempromosikan Syarikat CAELY ke udara melalui frekunsi 97.6FM Lembah Kelang & 104.3FM Melaka, beliau turut menyumbangkan cenderamata kepada penyampai2 HOT FM. Pihak CAELY mengucapkan syabas atas usaha yang Butik Melaka lakukan.
Perjumpaan Peluang Perniagaan CAELY di Danau Kota, Setapak
Alhamdulillah. Sambutan yang kami terima cukup memberangsangkan dari bakal2 usahawan Danau Kota meskipun ibu kota KL hujan lebat. Kehadiran yang melebihi 30 orang pengedar baru dan prospek pelbagai latar-belakang yang setia dari pukul 3.00pm hingga ke 8.00pm cukup membuat kami teruja.
Perancangan awal dan persedian yg cukup sempurna dari para pemimpin Sri Gombak termasuk abg Bujang,isteri dan anak, abg Hasnan serta isteri serta abg Malik memjadikan suasana perjumpaan cukup meriah.
Pihak syarikat amat berbangga sekali dengan komitment yang ditunjukkan oleh Stokis CAELY dari Sri Gombak Pn Lee Siew Luan serta suami yg banyak membantu kami. Tempat latihan yg dimiliki oleh abg Hasnan memudahkan kami untuk menjadikan aktiviti perjumpaan ini sebagai aktiviti mingguan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
