28 October 2008

Kursus Asas Perniagaan SME Bank Kepada Bakal Usahawan CAELY





Buat pertama kalinya bakal2 usahawan didedahkan tentang Asas Perniagaan selama 3 hari bertempat di Ibu Pejabat SME Bank Kuala Lumpur. Bakal usahawan pelbagai latarbelakang seramai 28 orang antara yang terpilih menyertai program 3 Dalam 1 yang melayakkan bakal2 usahawan untuk mendapatkan dana pembiayaan bagi memulakan perniagaan serendah RM100k hingga RM2juta.

Kursus yang cukup bermakna itu antara lain menyentuh akan Tip2 Memulakan Perniagaan, Panduan Menyediakan Rancangan Perniagaan dan Dana yang disediakan oleh pihak SME Bank.

Kepada bakal-bakal usahawan yang bercadang untuk memilih Perniagaan Sebagai Kerjaya dinasihatkan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak MECD seperti kursus MARA, SME Bank, PUNB dan sebagainya. Kursus yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden SME Bank Berhad akan dijadikan aktiviti bulanan kepada bakal usahawan bumiputera.

No comments: